Certificate In Drone Aerial Surveillance and Data Services

  • Home
  • Programs
  • Certificate In Drone Aerial Surveillance and Data Services

Certificate In Drone Aerial Surveillance and Data Services

Program Details

Kursus ini direka khas untuk komuniti belia India bagi memperkenalkan teknologi dron dalam bidang pemantauan udara dan perkhidmatan data. Dalam tempoh empat hari, peserta akan didedahkan kepada asas pengendalian dron, teknik pengambilan data dari udara, serta aplikasi dalam sektor keselamatan, pertanian, dan pemetaan.

Kursus ini merangkumi pembelajaran teori dan amali bagi memastikan peserta memperoleh kemahiran yang relevan dan boleh diguna pakai dalam industri. Ini merupakan peluang terbaik untuk belia mempersiapkan diri menghadapi peluang kerjaya masa depan dalam bidang teknologi tinggi.

Expected Outcomes

Berikut adalah 3 objektif program Certificate In Drone Aerial Surveillance and Data Services:

1. Membangunkan Kemahiran Teknikal Dron
Memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada belia dalam pengendalian dron dan pemprosesan data, supaya mereka boleh menawarkan perkhidmatan secara bebas (Freelance/GIG) seperti penggambaran udara, pemantauan tapak, dan pemetaan kawasan.

2. Mewujudkan Peluang Perkhidmatan Komuniti
Menggalakkan peserta menggunakan kemahiran yang diperoleh untuk menyediakan perkhidmatan kepada komuniti setempat, seperti liputan video untuk majlis, pemantauan pertanian, atau keselamatan kejiranan, sekali gus menjana pendapatan.

3. Mendorong Keusahawanan Mikro dalam Teknologi
Memupuk minat keusahawanan dengan membimbing peserta untuk memulakan perniagaan kecil dalam bidang perkhidmatan dron, sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Location & Date

26.05.2025 – 29.05.2025
Perai, Penang

Person to Contact

Program Status

Completed

Share to:

About Us

The Malaysian Indian Skills Initiative (MiSI) is a strategic initiative committed to empowering Malaysian Indian professionals and entrepreneurs.

Create your account