
Lepasan SPM 2024: Masa Depan Anda Bermula Di Sini!
Malaysian Indian Skills Initiatives (MiSI) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bersedia membantu pelajar-pelajar lepasan SPM terutamanya dikalangan masyarakat India meneruskan perjalanan dalam Industri TVET.


Lepasan SPM 2024: Masa Depan Anda Bermula Di Sini!
Pendaftaran ini bertujuan untuk mengumpul maklumat pelajar-pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran di ILP atau institusi kemahiran lain dibawah kerajaan. Pihak MiSI akan membuat penyemakan dan menghubungi anda untuk tindakan selanjutnya.
Pendaftaran di ILP/Institusi Kemahiran lain akan di buat secara berasingan.
“Keputusan SPM Anda Tidak Menentukan Masa Depan Anda. Anda Yang Menentukannya.”
Setiap tahun, ribuan pelajar terlepas peluang hanya kerana kurang pendedahan. Ramai tidak tahu bahawa laluan akademik, IPTA atau IPTS bukan satu-satunya jalan ke arah kejayaan. TVET adalah masa depan dunia. Terutamanya dalam era kecerdasan buatan (AI) , automasi dan industrial berasaskan kemahiran.
Kami di MiSI percaya, setiap pelajar mempunyai keupayaan atau potensi tersendiri. Jangan putus asa jika keputusan SPM tidak memihak kepada anda. Anda masih mempunyai peluang menentukan masa depan anda.
JOM MASUK TVET!
Graduan dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan keyakinan untuk memasuki sektor perindustrian.
Bagi meralisasikan aspirasi Madani, negara perlu melahirkan lebih ramai tenaga kerja terutamanya pekerja mahir dalam pelbagai sektor. Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara menawarkan pelbagai latihan teknikal dengan kemudahan moden dan tenaga pengajar berpengalaman bagi membantu melahirkan tenaga kerja berpotensi tinggi.

Jabatan Tenaga Manusia

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Tabung Pembangunan Kemahiran
Kenapa pilih TVET?
Peluang Kerjaya Terbuka Luas Selepas Tamat Pengajian
Latihan Praktikal Berasaskan Industri
Elaun, Pensijilan & Laluan ke Pengajian Tinggi
Langkah ke Arah Profesional dan Keusahawanan

Pelbagai Industri untuk dipilih

Automatif

ELEKTRIKAL

TEKNOLOGI AUTOMASI

FABRIKASI / WELDING

Pengangkutan

Perkhidmatan Kejuruteraan

ICT

Pengeluaran Produk

Percetakan

Sivil

Pembuatan

AI
Kelebihan Memasuki Pendidikan Kemahiran

1. Kemahiran Praktikal
2. Peluang Pekerjaan Tinggi
3. Menjana Pendapatan
4. Laluan Kerjaya Jelas
5. Alternatif Pendidikan
6. Peluang Melanjutkan Pelajaran
7. Sumbangan kepada Ekonomi Negara


Menjamin kemasukan lepasan SPM ke dunia TVET
Soalan Lazim (FAQ) – Penyertaan Program TVET
Graduan TVET boleh menceburi pelbagai industri seperti:
- Pembuatan dan kejuruteraan
- Automotif
- Teknologi maklumat dan digital
- Elektrik dan elektronik
- Minyak dan gas
- Perkhidmatan penjagaan kesihatan
- Hospitaliti dan pelancongan, dll.
Peluang pekerjaan adalah luas bergantung kepada kursus yang diambil.
Anda boleh memohon bantuan kewangan daripada pelbagai sumber, antaranya:
- PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)
- PTPTN (terutamanya untuk program diploma)
- Dana-dana khas TVET di bawah Kementerian Sumber Manusia
- Bantuan institusi (sesetengah institut menawarkan biasiswa dalaman atau potongan yuran)
Ya, masih layak!
Banyak program TVET hanya memerlukan lulus SPM secara umum (cukup syarat minimum), walaupun ada kursus tertentu seperti kejuruteraan atau teknologi tinggi yang mungkin mensyaratkan lulus dalam Matematik.
Untuk program asas atau sijil, keperluan adalah lebih fleksibel dan terbuka.
Nota:
Sesetengah pusat latihan menawarkan kelas remedial untuk memperkukuh kemahiran asas Matematik semasa latihan.
Kebanyakan program TVET menerima calon berumur 16 tahun ke atas (selepas SPM).
Sesetengah program diploma atau teknikal lanjutan mungkin mensyaratkan umur minimum 18 tahun.
Tidak perlu.
TVET direka khas untuk memberi latihan dari asas.
Namun, bagi program upskilling atau reskilling, pengalaman kerja mungkin diperlukan.
Anda boleh merujuk:
- Laman rasmi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
- Portal TVET Malaysia
- Laman web institut latihan seperti ILP, ADTEC, IKTBN, Politeknik, Kolej Komuniti, dan institusi swasta berdaftar.
Ya!
Anda akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), atau sijil/diploma lain yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan diakui industri.